Assalamualaikum w.b.t
SNK Pearl telah mengeluarkan produk kraftangan untuk dijual. Pelbagai jenis tasbih dijual antaranya tasbih pearl, pearl marble dan kristal yang sesuai dijadikan door gift atau hadiah majlis perkahwinan, kenduri, akikah, marhaban dsb. Kami juga ada menjual starter pack kit untuk membuat tasbih untuk yang berminat belajar membuat tasbih sendiri.
Untuk tempahan: anda boleh like page dan pm di
STEP BY STEP : Tutorial DIY Tasbih
Langkah 1.
Untuk membuat tasbih seperti design kat atas, bahan-bahan yang perlu disediakan adalah pearl 3 warna (29 biji pearl silver, 6 biji pearl turquoise dan 2 biji pearl putih), divider, stopper, tali tangsi, shell-end, t-pin, flower cap, playar flat-head dan playar round-nose.
Atas: 37 biji pearl, tali tangsi
Bawah: Shell-end, divider, t-pin, flower cap
Playar flat-head, gunting dan playar round-nose
Langkah 2.
Jangan potong tali tangsi terlebih dahulu. Masukkan 1 pearl berwarna turquoise diikuti 9 pearl berwarna silver pada tali tangsi. Kemudian diselangkan dengan 2 pearl berwarna turquoise diikuti dengan 9 pearl berwarna silver.
Langkah 3.
Setelah cukup 33 biji pearl disusun pada tali tangsi, samakan tali tangsi (pastikan terdapat jarak dalam 6-7 cm) dan kemudiannya dipotong.
Langkah 4.
Masukkan pearl berwarna putih diselangkan dengan divider.
Langkah 5.
Samakan tali tangsi dan rapatkan untuk dimasukkan shell-end dan diikuti dengan 2 stopper.
Langkah 6.
Stopper yang kedua perlu di matikan untuk mengukuhkan lagi ikatan tasbih. caranya adalah dengan mengikat mati atau memasukkan tali tangsi sekali lagi ke lubang stopper dan diketatkan (Pastikan kedudukan stopper pertama dan kedua adalah dihujung shell-end). Tekan dengan kuat kedua-dua stopper menggunakan playar flat-head.
Cara memasukkan tali tangsi ke dalam lubang stopper
Tekan dengan kuat stopper
Langkah 7.
Potong lebihan tali tangsi. Kemudian, rapatkan shell-end dan tekan dengan perlahan menggunakan playar flat-head.
Langkah 8.
Siap bahagian atas tasbih.
Langkah 9.
Untuk serikan tasbih dengan juraian. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis batu, manik, tear drop dsb. mengikut citarasa anda. Untuk membuat juaraian seperti dalam contoh gambar di atas. Saya menggunakan 2 biji pearl berwarna silver, t-pin dan flower cap.
Langkah 10.
Susun 2 biji pearl pada t-pin dan diikuti dengan flower cap.
Langkah 11.
Masukkan t-pin ke dalam lubang shel-end dan bengkokkan t-pin menggunakan playar round-nose. Setelah bengkokkan t-pin, pastikan t-pin tidak terkeluar daripada shell-end.
Masukkan t-pin ke dalam lubang shell-end
Bengkokkan t-pin
T-pin yang telah siap dibengkokkan.
No comments:
Post a Comment